Ini ialah kisah kami, AEON dan MIRAI*.
Ini ialah kisah kami,
AEON
dan MIRAI*.
*MIRAI bermaksud “masa hadapan” di dalam bahasa Jepun.
*MIRAI bermaksud “masa hadapan”
di dalam bahasa Jepun.
Pernyataan Visi
Titik permulaan kami adalah pelanggan. Ini tidak akan berubah. Dengan menjadikan “kehidupan” sebahagian daripada perniagaan kami, Kami akan melahirkan kegembiraan dan memperkaya hidup pelanggan.
Mendalami harapan pelbagai individu dengan lebih mendalam. Ini adalah perubahan yang akan kami lakukan. Bukanlah hanya untuk menyesuaikan kami dengan perubahan semasa tetapi, Juga demi membina kehidupan di masa hadapan.
Dengan itu, akan terukir senyuman di bibir pelanggan dan pihak kami, Bagai bunga berwarna warni yang indah mekar.
Ini ialah kisah kami, AEON dan MIRAI*.
Ini ialah kisah kami,
AEON
dan MIRAI*.
*MIRAI bermaksud “masa hadapan” di dalam bahasa Jepun.
*MIRAI bermaksud “masa hadapan”
di dalam bahasa Jepun.
"Ke manakah arah tuju kita?"
Pada suatu hari, soalan ini terlintas dalam fikiran AEON.
Tanpa disedari, MIRAI berada di sisi.
"Ke manakah arah tuju kita?"
Pada suatu hari, soalan ini terlintas dalam fikiran AEON.
Tanpa disedari, MIRAI berada di sisi.
Agaknya, apakah yang akan berlaku
kepada kehidupan kita dan masyarakat
di masa hadapan?
Adakah masa depan sudah ditetapkan?
Pastinya tidak.
Jawab MIRAI sambil ketawa.
Di zaman ini,
kita masih boleh meramal perkara yang
mungkin berlaku dalam jangka masa terdekat.
Contohnya teknologi.
Adakah ia membantu kita semua?
Ataupun segelintir daripada kita terbeban kerananya?
Jika kita bercakap tentang isu alam sekitar,
ia mungkin akan lebih melarat.
Tetapi mungkin juga disebabkan isu ini,
seluruh dunia akan bersatu.
Sedikit sebanyak kita masih boleh membayangkan,
ke manakah arah masa depan kita…
Sedikit sebanyak kita masih boleh membayangkan, ke manakah arah masa depan kita…
Berpegangkan impian untuk "mewujudkan kehidupan dan masyarakat yang diingini”, sebahagian masa hadapan masih boleh di bentuk.
Sambil menuding jari jauh ke hadapan, MIRAI berkata,
Angkatlah muka anda dan lihat.
Bukan hanya sedikit ke hadapan, tetapi lihatlah jauh ke hadapan.
Apa yang dapat anda lihat?
Tidak nampak apa-apa.
Hanya ada kekosongan.
Jadi, cubalah bayangkan.
Bayangkan dalam jiwa anda.
Lukiskan pemandangan yang anda ingin lihat.
Sekali lagi AEON melihat jauh ke hadapan.
Seperti merenung ke arah kanvas putih.
…Itu!
Senyuman! Saya dapat melihat senyuman!
Saya tak pernah melihat raut wajah semua orang seceria ini.
Saya tak pernah melihat raut wajah
semua orang seceria ini.
Wajah mereka ceria bagaikan hamparan taman bunga.
Wajah mereka ceria bagaikan
hamparan taman bunga.
Cuba lihat! Bukan kita sahaja,
para pelanggan juga sama-sama tersenyum!
Cuba lihat! Bukan kita sahaja,
para pelanggan juga sama-sama tersenyum!
Walaupun ada perkara yang tidak boleh
diramalkan tetapi ia masih boleh dibayangkan.
Apa sahaja yang boleh dibayangkan,
anda boleh menjadikan ia nyata.
Ya! Saya boleh nampak pemandangan
yang kami ingin jadikan kenyataan,
AEON berkata dengan mata yang bersinar.
"Membina masa hadapan
Demi mengukir senyuman
Setiap individu"
Selagi senyuman ceria penuh di dada,
anda boleh melakukannya.
Posisi dan Struktur Visi AEON
Cerita ini merupakan titik permulaan kami dalam mengejar masa hadapan yang dicita-citakan. Bagaimanakah rupa masa hadapan yang telah anda bayangkan?
Disini, kami ingin perkenalkan “Visi Kumpulan AEON” yang selaras dengan “Prinsip Asas Aeon”, dan mengandungi harapan dan semangat warga AEON dan setiap syarikat di dalam Kumpulan AEON, untuk menjadi panduan dalam usaha mencapai masa hadapan yang diimpikan.
Visi ini berlandaskan tiga perkara, Masa hadapan yang ingin direalisasikan oleh Kumpulan AEON, Cita-cita Kumpulan AEON, Amanah dan Janji Kami yang dipegangi oleh setiap warga Kumpulan AEON.
Intipati visi kami dirumuskan di dalam pernyataan visi berikut.
Membina masa hadapan
Demi mengukir senyuman
Setiap individu
Pelanggan dapat merasai hidup dalam “masyarakat yang semakin ceria” dan menikmati “kebahagiaan yang bersesuaian dengan diri sendiri”, demi mencapai masa hadapan yang lebih bermakna dan penuh keceriaan
Menjadi kumpulan syarikat yang memacu pembinaan kehidupan bersama dan memperkaya kehidupan setiap individu dan seluruh masyarakat
~3 Amanah ~
“Mengambil inisiatif berlandaskan aspirasi”
“Meneruskan pembelajaran dan mencipta nilai baharu”
“Membina, memupuk dan menjalin hubungan bersama”
~1 Janji ~
“Sentiasa bertindak dengan amanah dan ikhlas”
Masa hadapan yang ingin direalisasikan oleh Kumpulan AEON
Masa hadapan yang ingin direalisasikan oleh Kumpulan AEON
Perkara di masa hadapan semakin sukar untuk diramal kerana, perubahan berlaku dengan cepat dan saling berkait dengan pelbagai perkara. Walaupun kita mungkin menemui sesuatu yang tidak disangka dan menggembirakan, kita juga mungkin akan berhadapan dengan perkara yang lebih rumit dan mencabar.
Kemajuan teknologi akan meluaskan kebolehan manusia. Para pelanggan boleh mengejar perkara yang memberi kepuasan rohaniah seperti, individualiti, persefahaman dan saling mempercayai.
Kami gambarkan “Masa hadapan yang ingin direalisasikan oleh Kumpulan AEON” daripada sudut pandangan pelanggan.
Kami ingin merealisasikan masa hadapan yang mana masyarakat ceria dapat dirasai dengan cara, menambah pengalaman baharu yang mengujakan, memberi kesenangan dan keselesaan dalam kehidupan, dan merungkaikan kebimbangan yang timbul akibat perkembangan masyarakat, seperti isu alam sekitar dan ketidakseimbangan.
Kami ingin merealisasikan masa hadapan yang mana setiap individu dapat merasai kebahagiaan yang bersesuaian dengan diri masing-masing dengan cara, mengenali keunikan dan potensi mereka ke arah memperbaiki diri, dan menzahirkan kelebihan dengan menggunakan keunikan tersebut, dan menyediakan platform utnuk setiap individu menjadi diri sendiri, sambil dikelilingi oleh individu lain yang saling memahami and mempercayai antara satu sama lain.
Kami ingin merealisasikan masa hadapan yang penuh keceriaan dengan cara, mengimbangkan perkembangan masyarakat dan kebahagiaan individu yang kadangkala bercanggah, supaya pelanggan dapat menjalani kehidupan lebih bermakna dengan keceriaan.
Cita-cita Kumpulan AEON
Kami ingin menjadi kumpulan yang membina kehidupan masa hadapan yang penuh keceriaan bersama-sama pelanggan dan rakan-rakan, yang juga berkongsi visi yang sama.
Kami ingin menjadi kumpulan yang berkembang dan memperkaya individu dan masyarakat, dengan menerajui inovasi kendiri dan penciptaan bersama.
Kami akan menawarkan nilai yang belum pernah anda lihat dengan melakukan pembaharuan produk dan perkhidmatan, dan juga memainkan peranan baru iaitu untuk “menghubungkan”.
Mengeratkan hubungan
dengan setiap individu
Menghubungkan individu
dengan masyarakat
Menghubungkan seorang
individu dengan yang lain
Meluaskan hubungan
Menawarkan nilai baru disamping memenuhi empat peranan. Ini adalah cabaran kami.
Kami akan berusaha untuk lebih memahami perasaan dan penerimaan para pelanggan dengan mengeratkan hubungan dengan mereka, melalui pelbagai titik sentuhan sebelum dan selepas penjualan produk dan perkhidmatan ditawarkan, untuk mendalami kehidupan setiap individu secara menyeluruh. Kami juga akan menawarkan nilai yang membolehkan para pelanggan mengenali potensi dan menzahirkan keunikan mereka, supaya boleh menikmati hari-hari mereka dengan cara tersendiri.
Kami akan menghubungkan pelanggan antara satu sama lain dengan mengambil kira nilai pegangan dan minat setiap individu. Kami akan menyediakan peluang, masa dan tempat untuk berkongsi dan menikmati kegembiraan dengan individu lain, yang juga menjadi tempat persilangan kehidupan masyarakat yang mempunyai sifat empati dan saling mempercayai, dengan meruntuhkan jurang generasi dan jarak.
Kami akan menghubungkan individu dengan masyarakat agar dapat mencapai kepuasan rohani melalui tindakan yang bermanfaat dan berinteraksi dengan kehidupan sekeliling. Kami akan menyediakan peluang dan cara untuk menggunakan keunikan dan mengembangkan potensi setiap individu, agar mereka merasai kegembiran berada dalam masyarakat.
Kami akan meluaskan hubungan pelanggan yang sekarang ini berkisar tentang diri sendiri, kepada komuniti dan dunia, untuk membolehkan mereka melihat kelebihan bermasyarakat dalam kehidupan seharian. Selain itu, bersama-sama dengan para pelanggan, kami akan merealisasikan kehidupan bermasyarakat yang lebih ceria.
Amanah dan Janji Kami
Sebuah syarikat korporat yang berterusan melakukan inovasi, demi merealisasikan visi kami. Kami kongsikan dengan anda 3 amanah dan 1 janji, demi membentuk kehidupan di masa hadapan yang penuh dengan keceriaan.
Dengan meletakkan sudut pandangan pelanggan sebagai asas kami, setiap individu berpegang pada aspirasi diri, menyampaikan pemikiran tersebut dan bertindak. Perbincangan dan perbualan lahir daripada tindakan atas inisiatif sendiri ini akan kami gunakan sebagai kuasa yang memacu perubahan.
Kami akan memperluaskan potensi. dengan pembelajaran berterusan. Kami akan dapat mencipta nilai-nilai baharu melalui latihan demi latihan untuk menghalusi kepakaran sendiri.
Kami membina dan memupuk pelbagai hubungan yang menjangkaui syarikat, kumpulan dan organisasi. Dengan menjalin hubungan, kami mempercepat proses kitaran pembelajaran bersama dan penciptaan nilai, demi mencipta kehidupan masa hadapan bersama.
Dengan adanya amanah dan keihklasan, segala tindakan akan mendapat kepercayaan dan kita akan memahami aspirasi satu sama lain. Persefahaman antara kami, pelanggan dan rakan adalah titik permulaan bagi penciptaan bersama. Kami berjanji untuk terus amanah dan ikhlas.
Bayangkan dan wujudkanlah,
Pemandangan yang penuh dengan keceriaan.